Tuesday, May 10, 2011

Posto! Posto!

Posted by Aisyah at 3:28 AM
Assalamualaikum~  Hye dear readers!   Hari ni Sya ada something nak share! 'Tiap kali post, mesti nak mention macam ni'. ehh = ='  


   Pagi ni, Sya pergi hospital.. Buat medical check UP! :) Dengan ibuu tersayang.. Kat hospital ramai juga yang buat medical check up.. Macam dah jadi kebiasaan pula, urusan macam ni mereka buat last minute! Memang ramai laa.. Tunggu nombor pendaftaran pun dah dekat 2 JAM! Sementara tunggu tu, Sya berbual dengan cikgu time sekolah rendah Sya.. Cikgu ingat lagi taw nama Sya, and adik2 Sya.. ^^.  
 
    Sya tak berbual sahaja.. Sya tahu, kalau pergi hospital, memang laameee... Jadi, Sya prepare la barang yang nak dijahit sebelum pergi. Sempat la jugak habiskan 2craft kat hospital tu.. Daripada dok buang masa.. Baik siapkan kerja.. KAN? 

   Tiba-tiba!  Ada seorang lelaki! Call Sya.. Sya taktahu la siapa dia.. Tak kenal pun.. Cuma.. Dia call sebab nak cari rumah Sya.. Dia tu POSTMAN! Dia tanya macam mana nak ke rumah Sya. Sya pun bagi tahu dia.. Dengan blurnye~ HUH.. But, something tu sampai dengan selamatnye.. :) uhhuuu~  



   Bila dah tahu yang something tu dah ada kat rumah.. Sya punya lah EXCITED! Nak balik cepat! Nak balik cepat! Bila dah balik.. Terus cari.. Ruzana & Liyana pula ada... Habislahh~   Surat tu daripada elok & kemas.. Terus jadi renyuk.. Geram tahu!.. Tapi.. Happy.. Jarang bergurau dengan adik2 Sya macam tu.. Mereka berebut surat yang ada dalam sampul pos laju tu.. Sya pun baca.... lalalala  ~~  

<--Polca dot plastic bag ni dah koyak pemegang dia. Bukan Sya yang ganas. CUMA! Ruzana & Liyana yang berebut. Jadi, macam ni lah hasilnya.. Sorry~!

    Lepas tu.. Sya send message kat beliau. Sya cakap nak marah dia! Kesian lah pula.. Masa Sya cakap Sya nak marah dia tu. Rupa-rupanya dia tengah jalan balik rumah.. Dah lah panas.. Kejam betul makcik ni kan? Saje buat orang cuak.. Dah la orang tu kepanasan jalan kaki sorang2.. Haih =.='





CAK!! Ini lukisan encik tersebut...... :)  Yang tengah tu.. Tiang lampu.. chingg! 


    Tak lama lepas tu, dia call... ~pot pet pot pet~... Sya pun terus tidur.. Begitu lah ceritanya.... ... ...   



NotaNote : Sya happy sangat! Apa yang orang bagi, Sya terima dengan gembira.. Even Sya tak pernah dapat barang kemas & special macam tu.. Pas ni memang Sya jaga elok2 la.. Sayang ohh~ <3

Blushing!

Thanks!!

Sincerely from beliau!

Saje je dia tulis nama Sya macam tu.. Yes! Sebut nama betul2 ye.. ~~


0 comments:

 

Story of Noor Aisyah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei