Tuesday, April 5, 2011

Saya lalai!

Posted by Aisyah at 11:55 PM
Assalamualaikum, salam mesra buat semua...

Hye pembaca yang disayangi Allah.. Meh baca.. Sya ada cerita...
   Secara tiba-tiba.. Dengan nasihat berguna dari kak Zue.. Alhamdulillah.. Sya kembali ke pangkal jalan.. Jalan yang Sya harap.. Jalan yang Allah redha.. Sekarang Sya dah tak menangis.. Syaitan dah ganggu hati Sya.. Syaitan laknatullah.. Dah bisikkan pada hati Sya.. Supaya berharap pada makhluk Allah yang tak kekal.. Makhluk Allah yang akan mati bersama cintanya.. Syaitan sentiasa cuba menghalang seseorang itu daripada melakukan kebaikan.. Ya, akhirnya Sya bersyukur ada orang yang ambil berat n beri nasihat pada Sya.. Wanita solehah itu adalah Kak Zue.. Semoga akak bahagia selalu.. :) Segala ilmu dan pengetahuan yang Sya tahu, Sya jadikannya motivasi.. Sebagai contoh....

   Kawan2 semua ada belajar sirah kan? Masa kat sekolah rendah, sekolah menengah. Ade kan? Kat buku2 pun ada.. Sya teringatkan cerita mengenai ujian-ujian Allah terhadap para srikandi Islam... Ujian untuk menguji tahap keimanan.. Macam mana nak tahu tahap keimanan kalau tidak diuji.. Kan? Nabi Muhammad s.a.w.. Dari kecil lagi, baginda dilahirkan dengan tidak berbapa.. Bapanya, Abdullah telah pergi menyahut seruan Ilahi ketika Baginda masih dikandungkan ibunya, Aminah.. Kemudian, ketika baginda masih kecil lagi.. Ibunya, Aminah juga telah mengikut jejak bapanya.. Pergi meninggalkan anak kesayangan.. Kalau nak Sya listkan segala ujian yang dihadapi Nabi Muhammad S.A.W memang panjang dan banyak..  Namun, Baginda tetap yakin pada Allah.. Walaupun Baginda difitnah.. Baginda tetap berserah pada Allah......

    Berdasarkan buku yang Sya dah baca.. Rabiatul Adawiyah.. Banyak cabaran dan rintangan kehidupan yang dilalui.. Pada usia kecilnya, dia memang seorang yang berbeza berbanding kanak-kanak lain.. Ketika dia baru hendak mendekatkan diri pada Allah dengan bersendirian di surau bapanya, Rabiah menjadi yatim.. Bapanya, Adawiy telah pun meninggalkannya.. Tidak lama selepas itu.. Ibunya juga turut menyahut seruan Allah.. Rabiah terima segala ujian tersebut dengan keadaan yang tenang.. Sehingga kakak-kakak Rabiah pelik dengan kelakuannya.. Rabiah tidak menangis seperti kakaknya setelah kematian ibu bapanya.. Rabiah sentiasa tenang.. Sayu dan pilu sudah tentu ada.. Rabiah sering mengadu segala-galanya pada Kekasihnya, Allah s.w.t.. 

     Kadang-kadang Sya sendiri terfikir.. Sya pun nak ujian dari Allah.. Tapi, kalau ujian tu melibatkan Sya kehilangan ibu bapa macam yang Rabiah lalui.. Tak mungkin Sya dapat tempuhi.. Jadi, ujian simple dari Allah untuk Sya ialah.... Kehilangan orang yang Sya sayang selepas keluarga Sya.. Iaitu...... No need to say his name here.. Siapa yang dah tahu.. diam je.. :)  Terima Kasih sebab awak pernah singgah dalam hidup Sya.. Terima kasih sebab buat Sya pernah sayang awak.. Terima kasih Allah sebab masih sayangkan diri ini.. Sekarang, Sya tahu mana tempat Sya.. Sya ingin sentiasa mengingati Allah.. Lebih dari Sya pernah ingat orang yang Sya sayang.. Sya nak cintakan Allah, seperti Rabiatul Adawiyah juga.. Walaupun makam Sya dan Rabiah tak sama, tetapi.. Sya bercita-cita untuk jadi macam beliau.. Tak lupa juga Sumayyah... Sya masih belum sempat cari buku mengenai Sumayyah.. Cerita mengenai ibunda Rasulullah juga, menarik untuk dibaca.. Aminah, bunga mekar kaum Quraisy.. Kalau tak silap.. Macam ni lah tajuk dia.. :) 

     Semoga Allah membalas jasa baik Kak Zue dengan kebaikan.. Kak Zue dah buatkan Sya kembali pada Allah.. :)  Nasihat Kak Zue, berbeza dengan orang lain.. Walaupun Kak Zue anggap tu biasa.. Bagi Sya, apa yang Kak Zue buat ni, luar biasa.. :)  Kalau tak, sampai sekarang Sya menangis.. Sekarang.. Sya suka.. gembira.. Sya yakin.. Allah sayangkan Sya.. :) Oh Allah... Thank you.. Sesungguhnya Kau Maha Mendengar.. Apa yang kubisikkan.. Apa yang hamba-Mu ini ingin sampaikan.. Ya Allah, terima kasih.. Harap, Sya akan dapat hindari segala gangguan nafsu dunia.. Cinta hakiki hanyalah, cintakan Pemberi cinta.. Siapa yang adakan perasaan cinta kalau bukan Allah? Jadi, cintakan Allah lebih dari segalanya. Baru cinta yang lain diredai.. :)  Semoga Kak Zue bahagia dengan pasangan pilihan Kak Zue,, yang tu,tu,tu... Hehe 

Sekian... Salam sayang Sya untuk semua.. Semoga kawan2 Sya yang lain, akan rasa apa yang Sya rasa.. Petunjuk dan Hidayah dari Allah adalah segala-galanya.. Percayalah wahai sahabatku.. 

0 comments:

 

Story of Noor Aisyah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei