Rabu ni hari yang bakal menentukan hala tuju bagi budak2 yang seumur dengan Sya.. I mean mereka yang tertunggu2 dengan keputusan SPM. Memang ramai yang berdebar-debar.. Mengharapkan yang terbaik.. :) Bagi Sya, Sya cuba redakan hati.. Apa pun keputusan yang Sya dapat.. Itu semua satu ujian dari Allah untuk Sya.. Kalau keputusan tu baik.. Allah menguji Sya dengan nikmat yang ada di dunia.. Sya patut bersyukur.. Dan mendekatkan diri kepada Allah.. Kita tak semestinya dekatkan diri dengan Allah time bersedih dan dalam kesusahan sahaja kan? Jadi Sya anggap semua yang berlaku itu sebagai satu ujian untuk Sya. Sya takut juga kalau terhanyut dengan arus dunia yang semakin membuatkan kita leka dan lagho APABILA Sya dapat keputusan yang bagus..
Kalau Sya dapat keputusan yang tak bagus.. Semua tu sudah Allah tentukan.. ~Percaya kepada qada' dan qadar.. Takdir yang baik mahupun buruk datangnya dari Allah.. Sepatutnya Sya bersabar.. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bersabar.. Kan?
Kesimpulannya.. Redha.. Tak kesah la dapat keputusan yang macam mana pun.. Semua tu keputusan yang terbaik yang dah Allah takdirkan untuk kebaikan Sya kelak....
Sekian. Entry dari Sya yang dapat Sya post untuk kali ni......
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ~~

0 comments:
Post a Comment