Amaran ye, kepada diri sendiri dan cik adik manish kat luar sana.. Jangan contohi TrendTerkini yang meng'UPGRADE'kan dosa-dosa tu.. MasyaAllah.. Sekali-sekala menjengah gambar2 gadis cantik lagi comel kat mana-mana ceruk laman web ni, bertambah-tambah Sya ingat tentang azab bakal mereka tanggung akibat daripada kealpaan mereka di bumi Allah ini.. yaAllah.. lindungilah mereka..
Dari Sya kecil lagi, ibu pernah bagi Sya baca satu artikel ni.. Sampai sekarang Sya ingat.. Artikel tu ibu tampal kat tepi almari ibu.. Lepas Sya solat je, Sya selalu baca.. Yelah.. kecil lagi.. Tak faham sangat.. Sampai satu hari tu, ibu ada kat sebelah Sya masa Sya tengah baca artikel tu.. Sya pun tanya ibu.. Ibu pun terangkan ayat demi ayat.. Sya pun faham akhirnya..
Sebenarnya artikel itu mengenai azab yang ditanggung oleh para wanita di akhirat kelak.. Tajuk artikel tu : "10 sebab Wanita Diseksa Di Akhirat".. Ngeri bila baca.. Sebenarnya, jadi wanita memang senang berbanding lelaki.. Asalkan mereka faham dan tahu apa yang dah ditentukan syarak..
Ha,, Sya dah jumpa artikel tu.. Antara yang menarik perhatian Sya untuk kongsi sikit isi kandung artikel ni ialah :
"Orang perempuan yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya dikalangan orang ramai dengan bermaksud supaya orang melihat akan perhiasannya, dan setiap orang yang melihat akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dipakai"..
Itu antara serba sedikit yang Sya nak kongsi.. Sekiann... Semoga wanita diluar sana di berikan petunjuk dan hidayah daripada Allah s.w.t yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.. Aminn~

0 comments:
Post a Comment